Khamis, 14 Jun 2012

Kertas Projek dan Rujukan (Penggal ke tiga)

PENGGAL KETIGA
KERTAS PROJEK/KERJA KURSUS (20% MARKAH)
Kerja Kursus – Kerja Projek (Penilaian Berasaskan Sekolah)
 1  Pengenalan Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus Ekonomi sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Wajaran bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20% daripada markah keseluruhan kertas Ekonomi (944). Markah pentaksiran kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penggredan dan juga Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada Panduan Pemarkahan Kerja Kursus Ekonomi (944/4).
Pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus ini dijalankan untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi dari bulan Jun hingga bulan November, iaitu semasa pelajar berada di Tingkatan Enam Atas. Panduan dan arahan tugasan kerja kursus akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Pelaksanaan kerja kursus akan memberi pengalaman secara langsung kepada calon untuk mengkaji ekonomi Malaysia. Melalui kajian ini, kemahiran ekonomi seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus, dan merekod fakta ekonomi dapat ditaksir. Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat membentuk generasi yang peka dan berminat terhadap isu ekonomi setempat, negara, dan dunia.
 2  Rasional kerja kursus Ekonomi Rasional kerja kursus adalah untuk melahirkan pelajar yang menyedari isu ekonomi semasa, mempunyai kemahiran yang perlu untuk mengaplikasi konsep dan teori ekonomi, serta menganalisis dan menilai isu tersebut dengan menggunakan maklumat yang sesuai.
3  Objektif kerja kursus Ekonomi Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah.
3.1  Kemahiran kognitif
(i) mengenal pasti dan menghuraikan masalah serta isu yang berkaitan dengan ekonomi dan mencadangkan langkah mengatasinya dalam konteks setempat;
(ii) menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang mempengaruhinya;
(iii) mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar;
(iv) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi.
3.2  Kemahiran manipulatif
(i) menghitung, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data serta maklumat daripada sumber primer;
(ii) menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer;
(iii) mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta, serta memuat turun bahan daripada sumber Internet;
(iv) memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh;
(v) mempersembahkan data serta maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menganalisis dan mempersembahkan data.
3.3  Kemahiran insaniah (soft skills)
(i) boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan
(ii) boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan
(iii) berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang dilaksanakan secara berkumpulan
(iv) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan
(v) berupaya menyelesaikan masalah
(vi) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif
(vii) boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik
(viii) menyedari dan menghargai kepentingan isu ekonomi negara
(ix) boleh menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika
(x) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi
(xi) mengenali isu ekonomi di persekitaran dan dalam negara



Senarai Rujukan

1. Bank Negara Malaysia, diterbitkan setiap tahun. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur.
2. Bank Negara Malaysia, diterbitkan setiap tahun. Buletin Suku Tahunan. Kuala Lumpur.
 3. Bank Negara Malaysia, 1999. The Central Bank and Financial System in Malaysia: A Decade of Change. Kuala Lumpur.
4. Baumol, WJ., dan Blinder, A.S., 2009. Economics: Principles and Policy. Edisi ke-11. South Western: Cengage-Learning.
5. Case, K.E., dan R.C., 2007. Principles of Economics. Edisi ke-8. New Jersey: Prentice Hall.
6. Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan, 2005. Ekonomi Malaysia. Edisi ke-6. Petaling Jaya: Longman.
7. Frank, R.H.,dan Bon S.B., 2007. Principles of Economics. Edisi ke-3. Boston: McGraw-Hill.
8. Heng Siew Ngu dan Md Zyadi Md Tahir, 2008. Mikroekonomi: Teks Pra-U, STPM dan Matrikulasi. Petaling Jaya: Pearson Longman.
9. Jabatan Perangkaan Malaysia. Diterbitkan setiap tahun. Buku Tahunan Perangkaan. Kuala Lumpur.
10. Kementerian Kewangan Malaysia. Diterbitkan setiap tahun. Laporan Ekonomi. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
11. Chang Lai Mooi, 2008. Makroekonomi: Teks Pra-U, STPM dan Matrikulasi. Petaling Jaya: Pearson Longman.
12. Lipsey, R.G., dan K. A.C., 1995. An Introduction to Positive Economics. Edisi ke-8. Oxford University Press.
13. McConnell, C.R.,dan Brue, S.L, 2008. Economics: Principles, Problems and Policies. Edisi ke-17. Boston: McGraw Hill.
14. Mankiw, N.G., 2007. Principles of Economics. New York: Worth Publishers.
15. Mohd Rosli Mohamed dan Mohamed Aslam Gulam Hassan (Penyunting), 2000. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
16. Parkin, M., 2000. Economics. Edisi ke-12. Reading, Massachusetts: AddisonWesley.
17. Pindyck, R.S. dan Rubinfield, D., 2004. Principles of Economics. New York: McMillan.
18. Sabariah Ali, 2007. Ace Ahead. Mikroekonomi Kertas 1 STPM. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
19. Sabariah Ali, 2008. Makroekonomi STPM. Kertas 2. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.
20. Sadano Sukirno, 2005. Mikroekonomi. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.
21. Sadano Sukirno, 2007. Makroekonomi. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.
22. Rosnah Mohamad Sirin, 2000. Teori Asas Mikroekonomi. Edisi pertama. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Penggal Ketiga (Ekonomi Malaysia)

PENGGAL KETIGA: EKONOMI MALAYSIA

TAJUK
Waktu
Hasil Pembelajaran
Catatan
1.0   Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

10
Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan tenaga buruh, guna tenaga, dan pengangguran;
(b) mengilustrasi cara menghitung kadar pengangguran;
(c) mengelaskan jenis pengangguran



Contoh: Pengangguran struktur, bermusim, geseran, kitaran, pengangguran teknologi, dan pengangguran tak ketara
1.2  Pengangguran di Malaysia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan arah aliran pengangguran, guna tenaga, dan tenaga buruh.



Berdasarkan data agregat dan data mengikut sektor

1.3  Faktor mempengaruhi pengangguran


Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan sebab berlaku pengangguran;

b) membincangkan kesan pengangguran terhadap sosio ekonomi;

(c) membincangkan cara mengurangkan pengangguran dan meningkatkan peluang pekerjaan.



Dasar fiskal, dasar kewangan, dan cara-cara lain

1.4  Upah


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan upah wang, upah bukan wang, dan upah benar;

(b) membincangkan faktor yang membezakan upah mengikut sektor dan pekerjaan.



Mengira upah benar

2   Inflasi dan Kos Sara Hidup

2.1  Indeks harga dan inflasi

10
Calon seharusnya dapat:

(a) mengetahui maksud indeks harga pengguna;
(b) mengilustrasi cara menghitung
      indeks harga pengguna;
(c) mengetahui maksud inflasi;
(d) menghitung kadar inflasi;
(e) mengelaskan jenis inflasi.



Indeks harga wajaran

Inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos, dan inflasi diimport


2.2  Inflasi di Malaysia







Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan arah aliran inflasi.




Berdasarkan data indeks harga pengguna mengikut kawasan dan kumpulan barang
2.3  Faktor mempengaruhi inflasi


Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan sebab berlaku inflasi.


2.4 Kos sara hidup


Calon seharusnya dapat:

(a) mengetahui maksud kos sara hidup;
(b) mengaitkan kos sara hidup dengan taraf hidup

2.5 Kesan inflasi


Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan kesan inflasi terhadap ekonomi.



Kos sara hidup, taraf hidup, pertumbuhan ekonomi, nilai wang, kesan inflasi terhadap pelbagai golongan (contohnya pesara, peniaga, dan penghutang)

2.6 Langkah mengawal inflasi
Calon seharusnya

Calon seharusnya dapat:

(a)  membincangkan dasar kerajaan mengawal inflasi.



Dasar kewangan, dasar fiskal, dasar kawalan harga, dan dasar pendapatan

2.7 Belanjawan negara Malays


Calon seharusnya dapat:

(a) menjelaskan konsep belanjawan negara Malaysia;
(b) menerangkan struktur perbelanjaan dan hasil Kerajaan Persekutuan dan arah alirannya
(c) memerihalkan hutang negara Malaysia
.

Kaitkan dengan konsep belanjawan lebihan, belanjawan kurangan, dan belanjawan terimbang

Sumber hutang negara dan jumlah semasa

3  Perdagangan Antarabangsa dan Imbangan Pembayaran
3.1  Perdagangan antarabangsa dan keterbukaan ekonomi
10
Calon seharusnya dapat:

(a) menjelaskan maksud ekonomi terbuka;
(b) mengilustrasi cara mengukur keterbukaan ekonomi.



Nisbah eksport kepada KDNK atau nisbah eksport tambah import kepada KDNK
3.2  Arah aliran perdagangan antarabangsa di Malaysia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan arah aliran perdagangan antarabangsa



Mengikut jenis barang dan negara rakan dagang

3.3  Kesan perdagangan antarabangsa


Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan kesan perdagangan antarabangsa terhadap ekonomi.



Kesan positif dan negatif

3.4  Langkah mengawal perdagangan antarabangsa


Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan dasar kerajaan mengawal perdagangan antarabangsa



Dasar perdagangan Malaysia (contoh: liberalisasi perdagangan, AFTA, galakan eksport, penggantian import, dasar perlindungan)

3.5  Imbangan akaun semasa di Malaysia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan arah aliran akaun semasa.



Akaun dagangan, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan dan pindahan bersih

3.6  Kadar pertukaran asing


Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan sistem kadar pertukaran asing di Malaysia;
(b)  memerihalkan arah aliran kadar pertukaran asing Malaysia dengan negara terpilih;
(c)  membincangkan kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap ekonomi.



Negara ASEAN, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan EU


Harga barang, daya saing sektor eksport

4  Perusahaan Kecil dan Sederhana
4.1  Unit perniagaan


10
Calon seharusnya dapat:

(a) mengenal pasti unit perniagaan.



Pemilikan tunggal, Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam Berhad, Koperasi

4.2  Perusahaan kecil dan sederhana


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan perusahaan kecil dan sederhana
(b) menjelaskan ciri perusahaan kecil dan sederhana.


4.3  Perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan profil perkembangan perusahaan kecil dan sederhana;

(b) membincangkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana terhadap ekonomi;

(c) membincangkan masalah yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana.


Keluaran negara, guna tenaga, eksport dan import

4.4 Peranan kerajaan


Calon seharusnya dapat:

(a) menggariskan program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana;







(b) mengenal pasti agensi-agensi kerajaan yang membantu perusahaan kecil dan sederhana;


(c) mengenal pasti peranan agensi-agensi kerajaan yang membantu perusahaan kecil dan sederhana.



Contoh: Program Rantaian Industri, Program Infrastruktur, Program Pembangunan dan Perolehan Teknologi, Program Pembangunan Pemasaran, dan Program Peningkatan Kemahiran

Contoh: Bank SME, SMIDEC, dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

5  Institusi Kewangan
5.1  Institusi kewangan

10
Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan institusi kewangan;
(b) mengenal pasti jenis institusi kewangan;



(c) menghuraikan fungsi dan peranan institusi kewangan.



Institusi perbankan dan institusi kewangan bukan perbankan (termasuk pasaran saham)

Fungsi: perantara kewangan, penyerakan dan perkongsian risiko Peranan: pertumbuhan ekonomi, kos menjalankan perniagaan

5.2  Institusi kewangan di Malaysia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan profil dan perkembangan institusi kewangan.


5.3  Institusi pemberi kredit


Calon seharusnya dapat:

(a) mengenal pasti agensi pemberi kredit






(b) masalah mendapatkan kredit oleh peminjam.




Pelbagai jenis bank, syarikat kewangan, syarikat insurans, koperasi, AIM, pajak gadai atau ar-Rahnu, dan pemberi pinjam wang berlesen

Masalah cagaran, penyediaan kertas kerja, prosedur memberi kredit, dan membayar balik kredit

6  Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
6.1  Ukuran kemiskinan

10
Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan kemiskinan;


(b) menggariskan prinsip penentuan garis kemiskinan




Kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif

Kemiskinan tegar

6.2  Kemiskinan di Malaysia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan profil kemiskinan di Malaysia;



(b) menghuraikan punca kemiskinan



Kawasan bandar dan luar bandar, antara negeri, dan antara kaum

Akses pasaran, modal, teknologi, dan pendidikan

6.3  Agihan pendapatan


Calon seharusnya dapat:

(a) menggariskan kaedah pengukuran agihan pendapatan;




(b) memerihalkan sumber pendapatan;





(c) profil agihan pendapatan di Malaysia.



Kaedah Persentil

Interpretasi pekali Gini (cara penghitungan tidak diperlukan)

Upah, pendapatan bukan upah (contoh: sewa, dividen, bunga, untung), harta pusaka, dan bayaran pindahan

6.4  Dasar membasmi kemiskinan dan ketaksetaraan pendapatan


Calon seharusnya dapat:

(a) mengenal pasti dasar kerajaan;





(b) mengenal pasti agensi dan program yang membantu membasmi kemiskinan.



Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara, dan Dasar Pendidikan Negara

Contoh agensi: Jabatan Kebajikan Masyarakat, AIM, Baitulmal, Agensi Pembangunan Wilayah, dan FAMA Contoh program: PPRT, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), buku teks percuma, dan baucar tuisyen