Khamis, 14 Jun 2012

Kertas Projek dan Rujukan (Penggal ke tiga)

PENGGAL KETIGA
KERTAS PROJEK/KERJA KURSUS (20% MARKAH)
Kerja Kursus – Kerja Projek (Penilaian Berasaskan Sekolah)
 1  Pengenalan Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus Ekonomi sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga. Wajaran bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20% daripada markah keseluruhan kertas Ekonomi (944). Markah pentaksiran kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penggredan dan juga Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada Panduan Pemarkahan Kerja Kursus Ekonomi (944/4).
Pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus ini dijalankan untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi dari bulan Jun hingga bulan November, iaitu semasa pelajar berada di Tingkatan Enam Atas. Panduan dan arahan tugasan kerja kursus akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Pelaksanaan kerja kursus akan memberi pengalaman secara langsung kepada calon untuk mengkaji ekonomi Malaysia. Melalui kajian ini, kemahiran ekonomi seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus, dan merekod fakta ekonomi dapat ditaksir. Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat membentuk generasi yang peka dan berminat terhadap isu ekonomi setempat, negara, dan dunia.
 2  Rasional kerja kursus Ekonomi Rasional kerja kursus adalah untuk melahirkan pelajar yang menyedari isu ekonomi semasa, mempunyai kemahiran yang perlu untuk mengaplikasi konsep dan teori ekonomi, serta menganalisis dan menilai isu tersebut dengan menggunakan maklumat yang sesuai.
3  Objektif kerja kursus Ekonomi Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah.
3.1  Kemahiran kognitif
(i) mengenal pasti dan menghuraikan masalah serta isu yang berkaitan dengan ekonomi dan mencadangkan langkah mengatasinya dalam konteks setempat;
(ii) menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang mempengaruhinya;
(iii) mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar;
(iv) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi.
3.2  Kemahiran manipulatif
(i) menghitung, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data serta maklumat daripada sumber primer;
(ii) menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer;
(iii) mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta, serta memuat turun bahan daripada sumber Internet;
(iv) memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh;
(v) mempersembahkan data serta maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menganalisis dan mempersembahkan data.
3.3  Kemahiran insaniah (soft skills)
(i) boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan
(ii) boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan
(iii) berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang dilaksanakan secara berkumpulan
(iv) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan
(v) berupaya menyelesaikan masalah
(vi) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif
(vii) boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik
(viii) menyedari dan menghargai kepentingan isu ekonomi negara
(ix) boleh menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika
(x) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi
(xi) mengenali isu ekonomi di persekitaran dan dalam negara



Senarai Rujukan

1. Bank Negara Malaysia, diterbitkan setiap tahun. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur.
2. Bank Negara Malaysia, diterbitkan setiap tahun. Buletin Suku Tahunan. Kuala Lumpur.
 3. Bank Negara Malaysia, 1999. The Central Bank and Financial System in Malaysia: A Decade of Change. Kuala Lumpur.
4. Baumol, WJ., dan Blinder, A.S., 2009. Economics: Principles and Policy. Edisi ke-11. South Western: Cengage-Learning.
5. Case, K.E., dan R.C., 2007. Principles of Economics. Edisi ke-8. New Jersey: Prentice Hall.
6. Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan, 2005. Ekonomi Malaysia. Edisi ke-6. Petaling Jaya: Longman.
7. Frank, R.H.,dan Bon S.B., 2007. Principles of Economics. Edisi ke-3. Boston: McGraw-Hill.
8. Heng Siew Ngu dan Md Zyadi Md Tahir, 2008. Mikroekonomi: Teks Pra-U, STPM dan Matrikulasi. Petaling Jaya: Pearson Longman.
9. Jabatan Perangkaan Malaysia. Diterbitkan setiap tahun. Buku Tahunan Perangkaan. Kuala Lumpur.
10. Kementerian Kewangan Malaysia. Diterbitkan setiap tahun. Laporan Ekonomi. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
11. Chang Lai Mooi, 2008. Makroekonomi: Teks Pra-U, STPM dan Matrikulasi. Petaling Jaya: Pearson Longman.
12. Lipsey, R.G., dan K. A.C., 1995. An Introduction to Positive Economics. Edisi ke-8. Oxford University Press.
13. McConnell, C.R.,dan Brue, S.L, 2008. Economics: Principles, Problems and Policies. Edisi ke-17. Boston: McGraw Hill.
14. Mankiw, N.G., 2007. Principles of Economics. New York: Worth Publishers.
15. Mohd Rosli Mohamed dan Mohamed Aslam Gulam Hassan (Penyunting), 2000. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
16. Parkin, M., 2000. Economics. Edisi ke-12. Reading, Massachusetts: AddisonWesley.
17. Pindyck, R.S. dan Rubinfield, D., 2004. Principles of Economics. New York: McMillan.
18. Sabariah Ali, 2007. Ace Ahead. Mikroekonomi Kertas 1 STPM. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
19. Sabariah Ali, 2008. Makroekonomi STPM. Kertas 2. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.
20. Sadano Sukirno, 2005. Mikroekonomi. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.
21. Sadano Sukirno, 2007. Makroekonomi. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.
22. Rosnah Mohamad Sirin, 2000. Teori Asas Mikroekonomi. Edisi pertama. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan