Khamis, 7 Jun 2012

Rancangan Mengajar Penggal Satu (Mikroekonomi)

PENGGAL SATU
MIKROEKONOMI

TAJUK
Waktu
Hasil Pembelajaran
Catatan
A: MIKROEKONOMI

1 Pengenalan

1.1 Definisi ilmu ekonomi



16


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan ilmu ekonomi sebagai kajian tentang bagaimana sumber terhad digunakan bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad;
(b) menggariskan perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi.

1.2 Sumber ekonomi (faktor pengeluaran)


Calon seharusnya dapat:

 (a) memerihalkan sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal, dan usahawan (menyatakan peranan teknologi bagi mempengaruhi sumber ekonomi)

Teknologi sebagai pemangkin kepada proses pengeluaran

1.3 Kehendak manusia


Calon seharusnya dapat:

(a) memerihalkan barang (termasuk perkhidmatan) berdasarkan barang percuma dan barang ekonomi, barang awam dan barang persendirian, barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna;
(b) menggariskan perkaitan antara sumber/faktor pengeluaran dengan barang ekonomi;
(c) menjelaskan konsep kehendak tidak terhad dan sumber terhad.


1.4  Masalah asas ekonomi


Calon seharusnya dapat:

(a) menjelaskan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas dalam aspek penggunaan barang dan sumber;
(b) menjelaskan masalah asas ekonomi, iaitu apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan.


1.5  Keluk kemungkinan pengeluaran













Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan keluk kemungkinan pengeluaran dalam konteks kapasiti pengeluaran sebuah ekonomi;
(b) menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran untuk menghuraikan masalah kekurangan, pilihan, dan kos lepas;
(c) menghitung kos lepas, membina jadual, dan melukis keluk kemungkinan pengeluaran bagi kos lepas malar dan kos lepas meningkat;
(d) menganalisis kesan perubahan anugerah sumber, teknologi, dan komposisi barang modal dan barang pengguna terhadap kapasiti pengeluaran dan keluk kemungkinan pengeluaran;
(e) mengilustrasi kewujudan pengangguran, agihan barang, dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran.

1.6 Sistem ekonomi

1.6.1 Ekonomi pasaran bebas, ekonomi perancangan pusat, ekonomi campuran, dan ekonomi Islam


1.6.2 Pasaran dan penyelesaian masalah asas ekonomi


Calon seharusnya dapat:

(a) menggariskan kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi, iaitu sistem pemilikan, sistem membuat keputusan tentang peruntukan sumber dan agihan pendapatan serta sistem insentif;
(b) menghuraikan ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan pusat, sistem ekonomi campuran, dan sistem ekonomi Islam berdasarkan kriteria asas;

(c) menggariskan sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia;

(d) membincangkan bagaimana pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi;
 (e) menjelaskan kebaikan dan kelemahan pasaran serta perlunya campur tangan kerajaan.


Kriteria asas: sistem pemilikan, sistem membuat keputusan tentang peruntukan sumber dan agihan pendapatan serta sistem insentif





Sektor ekonomi pasaran bebas

2  Pasaran Barang dan Harga

2.1 Permintaan







2.1.1 Faktor yang mempengaruhi permintaan


40
Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan permintaan;
(b) menjelaskan keluk permintaan dan hukum permintaan;
(c) menggunakan rumus dan jadual untuk menjelaskan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta;
(d) melukis keluk permintaan berdasarkan jadual dan rumus permintaan;



(e) menghuraikan faktor yang mempengaruhi permintaan;
(f) membezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan.




Fokus kepada permintaan pasaran sahaja. Perbezaan permintaan individu dengan permintaan pasaran tidak perlu dijelaskan.

Menggariskan sebab keluk permintaan bercerun negatif
2.2 Penawaran














2.2.1 Faktor yang mempengaruhi penawaran






Calon seharusnya dapat:

(a)   mentakrifkan penawaran;






(b) menjelaskan keluk penawaran dan hukum penawaran;
(c) menggunakan rumus dan jadual untuk menjelaskan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan;
(d) melukis keluk penawaran berdasarkan jadual dan rumus penawaran;
(e) menghuraikan faktor yang mempengaruhi penawaran;
(f) membezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran.




Fokus kepada penawaran pasaran sahaja. Perbezaan penawaran firma dengan penawaran pasaran tidak perlu dijelaskan.


Menggariskan sebab keluk penawaran bercerun positif


2.3  Keseimbangan pasaran

2.3.1  Penentuan keseimbangan













2.3.2  Perubahan keseimbangan




Calon seharusnya dapat:


(a) mentakrifkan keseimbangan pasaran;



(b) menjelaskan bagaimana permintaan dan penawaran pasaran menentukan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan;



(c) menjelaskan konsep lebihan atau kurangan permintaan dan penawaran;
(d) menghitung kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual dan gambar rajah;
(e) menerangkan perubahan keseimbangan pasaran yang disebabkan oleh perubahan permintaan atau/dan perubahan penawaran;
(f) menghitung perubahan kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual dan gambar rajah.




Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar.

Harga yang ditawarkan oleh penjual sama dengan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna.

2.4  Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar;
(b) menghitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar dengan menggunakan jadual dan gambar rajah.


2.5  Keanjalan permintaan

2.5.1  Keanjalan permintaan harga





2.5.2  Keanjalan permintaan silang








2.5.3  Keanjalan permintaan pendapatan




2.5.4  Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga


Calon seharusnya dapat:


(a) mentakrifkan keanjalan permintaan harga;
(b) menggunakan rumus untuk menghitung keanjalan permintaan harga dan mentafsirkan nilai keanjalan;

(c) membezakan pelbagai darjah keanjalan permintaan harga;
  (d) menjelaskan hubungan antara jumlah perbelanjaan dengan darjah keanjalan permintaan harga

(e) mentakrifkan keanjalan permintaan silang;
(f)  menggunakan rumus untuk menghitung keanjalan permintaan silang dan mentafsirkan nilai keanjalan;
(g) mengelaskan jenis barang berdasarkan nilai pekali keanjalan permintaan silang;




(h) mentakrifkan keanjalan permintaan pendapatan;
(i) menggunakan rumus untuk menghitung keanjalan permintaan pendapatan dan mentafsirkan nilai keanjalan;
(j) mengelaskan jenis barang berdasarkan nilai pekali keanjalan permintaan pendapatan;


(k) menghuraikan faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga.




Keanjalan titik sahaja


Anjal, tak anjal, anjal satu, anjal sempurna, dan tak anjal sempurna




Barang penggenap, barang pengganti, barang bukan penggenap atau pengganti





Barang normal Barang mewah Barang mesti Barang bawahan

2.6  Keanjalan penawaran





2.6.1  Faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran



Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan keanjalan penawaran;
(b) menggunakan rumus untuk menghitung nilai keanjalan penawaran dan mentafsirkan nilai keanjalan;
(c) membezakan pelbagai darjah keanjalan penawaran;

(d) menghuraikan faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran.





Anjal, tak anjal

2.7  Campur tangan kerajaan dalam pasaran


Calon seharusnya dapat:

(a) menganalisis kesan cukai, subsidi, dan dasar penetapan harga terhadap harga dan kuantiti, lebihan pengguna dan lebihan pengeluar dengan menggunakan gambar rajah dan rumus.



Fokus kepada: Cukai per unit barang (cukai spesifik) Subsidi kepada pengeluar sahaja. Dasar harga maksimum dan dasar harga minimum.

3  Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran
3.1  Firma dan industri
16
Calon seharusnya dapat:

(a)  menjelaskan maksud firma dan industri.


3.2  Fungsi pengeluaran




3.2.1  Fungsi pengeluaran satu input berubah



Calon seharusnya dapat:

  (a) menjelaskan konsep fungsi pengeluaran;
(b) membezakan input tetap dengan input berubah;
(c) membezakan konsep jangka pendek dengan jangka panjang dalam pengeluaran;

(d) menjelaskan konsep jumlah keluaran (TP), keluaran purata (AP), dan keluaran sut (MP);
(e) menghitung dan melukis keluk jumlah keluaran, keluk keluaran sut, dan keluk keluaran purata;

(f) menjelaskan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut, dan keluaran purata;
  (g)  menerangkan hukum pulangan berkurangan.













Menggunakan jadual dan keluk

3.3  Kos pengeluaran

3.3.1  Kos pengeluaran jangka pendek










3.3.2  Kos pengeluaran jangka panjang



Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan kos pengeluaran;
(b) membezakan kos perakaunan dengan kos ekonomi dan kos eksplisit dengan kos implisit;
(c) mentakrifkan kos pengeluaran jangka pendek;
(d) membezakan kos tetap dengan kos berubah;
(e) membezakan kos purata dengan kos sut;
(f) menghitung kos dan melukis gambar rajah keluk kos;
(g) menjelaskan hubungan antara keluk-keluk kos;

(h) menerangkan sebab keluk kos purata berbentuk “U‟;

(j) menjelaskan perkaitan antara keluk kos purata jangka panjang dengan keluk kos purata jangka pendek.


kos tetap, kos berubah, jumlah kos, kos tetap purata, kos berubah purata, kos purata, dan kos sut dengan menggunakan jadual dan rumus

Kaitkan hukum pulangan berkurangan

3.4  Ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan;
(b) mentakrifkan ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman;
(c) mengenal pasti faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman;
(d)  mentakrifkan ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran;
(e)  mengenal pasti faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran;
(f)  menjelaskan kesan ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan terhadap bentuk dan peralihan keluk kos purata jangka panjang.












Keluk kos purata jangka panjang berbentuk „U‟.

4  Struktur Pasaran, Penentuan Harga, dan Output

4.1  Konsep hasil dan untung

28
Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrifkan konsep hasil dan untung;
(b) membezakan untung ekonomi dengan untung perakaunan;

4.2  Struktur pasaran


Calon seharusnya dapat:

 (a)  menggariskan jenis pasaran persaingan sempurna dan pasaran persaingan tak sempurna.


4.3  Pasaran persaingan sempurna



4.3.1  Penentuan output firma jangka pendek














4.3.2  Penentuan keseimbangan jangka panjang

Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrif pasaran persaingan sempurna dan menghuraikan cirinya

(b) menjelaskan bentuk keluk permintaan, keluk hasil purata, dan keluk hasil sut firma;



(c) menentukan output keseimbangan dengan menggunakan pendekatan hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC);

(d) mengillustrasi untung lebih normal, untung normal, rugi, dan penutupan firma;


(e) menghitung jumlah hasil, hasil purata, hasil sut, untung, dan rugi firma;


(f)  menerangkan maksud keseimbangan firma jangka panjang;
(g) menerangkan bagaimana firma mencapai keseimbangan.






Membezakan keluk permintaan firma dengan keluk permintaan pasaran

Menggunakan gambar rajah dan jadual

Menggunakan gambar rajah


Menggunakan jadual dan rumus




Proses mencapai untung normal
4.4  Pasaran monopoli





4.4.1  Penentuan output keseimbangan









4.4.2  Monopoli semula jadi




4.4.3  Perbandingan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli

4.4.4  Dasar kawalan monopoli


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrif pasaran monopoli dan menghuraikan cirinya;
(b) menerangkan faktor yang boleh mewujudkan monopoli;

(c) menjelaskan bentuk keluk permintaan, hasil purata,  dan hasil sut bagi pasaran monopoli;

(d) menentukan output dan harga keseimbangan dengan menggunakan pendekatan hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC);

(e)  menghitung untung dan rugi pasaran monopoli;



(f)  menerangkan maksud monopoli semula jadi;

(g) menentukan output dan harga keseimbangan monopoli semula jadi;


(h) membandingkan kedua-dua pasaran berdasarkan syarat keseimbangan, harga dan kuantiti, untung, lebihan pengguna dan lebihan pengeluar, dan penggunaan sumber;


(i) menerangkan dasar mengawal kuasa monopoli, iaitu dasar peletakan harga-kos purata (P=AC) dan dasar peletakan harga-kos sut (P=MC).












Menggunakan gambar rajah

 Menggunakan gambar rajah dan rumus

Menggunakan gambar rajah
Menggunakan gambar rajah


Kecekapan peruntukan sumber dan kecekapan pengeluaran


Menggunakan gambar rajah

4.5  Pasaran persaingan bermonopoli


4.5.1  Penentuan output  keseimbangan









4.5.2  Persaingan bukan harga


Calon seharusnya dapat:

(a) mentakrif pasaran persaingan bermonopoli dan menghuraikan cirinya;
(b) menjelaskan bentuk keluk permintaan bagi pasaran persaingan bermonopoli;
(c) menentukan output dan harga keseimbangan dengan menggunakan pendekatan hasil sut-kos sut (MR = MC);
d) mengilustrasi untung lebih normal, untung normal, rugi, dan penutupan firma;
(e) menerangkan bagaimana firma pasaran persaingan bermonopoli mendapat untung normal dalam jangka panjang;

(f) menerangkan maksud persaingan bukan harga;


(g) membincangkan pelbagai bentuk persaingan bukan harga.






Menggunakan gambar rajah
Menggunakan gambar rajah

Menggunakan gambar rajah






Pembezaan produk, pengiklanan, galakan jualan, dan khidmat selepas jualan

5   Pasaran Faktor dan Agihan

5.1  Permintaan dan penawaran faktor pengeluaran




















20
Calon seharusnya dapat:

(a)      menerangkan permintaan terbitan atau permintaan berkait;



(b)   membina jadual, menghitung, melukis, dan menerangkan keluk keluaran hasil purata (ARP) dan keluk keluaran hasil sut (MRP)

(c) membezakan antara keluaran hasil purata (ARP) dengan keluaran purata (APP) dan keluaran hasil sut (MRP) dengan keluaran sut (MPP);





(d)  menerbitkan keluk permintaan faktor daripada keluk keluaran hasil sut (MRP);
(e)  menerangkan keluk penawaran faktor bagi firma dan industri/pasaran.



Pasaran output dan input dalam pasaran persaingan sempurna

Berdasarkan jadual dan rumus


Keluaran purata (AP) = keluaran fizikal purata (APP)

Keluaran sut (MP) = keluaran fizikal sut (MPP)

5.2  Upah

5.2.1  Penentuan tingkat upah








5.2.2 Kesatuan sekerja



Calon seharusnya dapat:

(a) menerangkan maksud upah;

(b) mengilustrasi penentuan tingkat upah dan kuantiti buruh keseimbangan dalam pasaran persaingan sempurna;

(c) menghitung dan melukis gambar rajah keseimbangan tingkat upah dan kuantiti buruh dalam pasaran persaingan sempurna;


(d) menerangkan maksud kesatuan sekerja dan tujuan penubuhan kesatuan sekerja;


(e) membincangkan cara kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah;

(f) menerangkan faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah.









Menggunakan gambar rajah


Menggunakan gambar rajah


Menyatakan contoh kesatuan sekerja di Malaysia

5.3  Sewa, kadar bunga, dan untung


Calon seharusnya dapat:

(a)   menerangkan maksud sewa;


(b) membezakan sewa kuasi, sewa ekonomi, dan perolehan pindahan;

(c) menerangkan maksud kadar bunga;

(d) membezakan kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar;


(e) menerangkan maksud untung.





Pulangan kepada pemilik tanah

Menggunakan gambar rajah

Pulangan kepada pemilik modal kerana menangguhkan penggunaan

Pulangan kepada usahawan kerana sanggup menanggung risiko






HOME

Tiada ulasan:

Catat Ulasan